Jumaat, 19 Februari 2016

"Kata kerja"





1. Tebahagi kepada dua jenis iaitu kata kerja transitif dan kata kerja     tak transitif.

2. Jadual di bawah menunjukkan contoh  kata kerja transitif:
 
 
3. Kata kerja tak transitif pula terdiri daripada bentuk asal dan kata yang diberi imbuhan.


4. Jadual di bawah menunjukkan contoh kata kerja tak transitif dan penggunaan dalam ayat.



5. Kesimpulannya,  terdapat dua jenis kata kerja .




sekian...














Sabtu, 6 Februari 2016




Format Bahasa Melayu UPSR (format baru mulai 2016)

    Kertas Bahasa Melayu UPSR 2016 masih mempunyai dua kertas iaitu kertas  Bahasa Melayu Pemahaman  011 dan Bahasa Melayu Penulisan 012. Walau bagaimanapun berlaku perubahan format serta bentuk soalan mulai 2016

Format Bahasa Melayu Pemahaman 011

    Kertas Bahasa Melayu Pemahaman mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A merupakan soalan aneka pilihan  iaitu murid-murid diberi empat pilihan jawapan. Soalan bahagian ini berjumlah 20 soalan. 

    Bahagian B pula mempunyai 5 soalan dan dipecahkan  pula kepada beberapa bahagian soalan : a, b, c, dan d. Soalan bahagian ini merupakan respon terbuka. Murid-murid perlu menulis sendiri jawapan  pada tempat kosong yang disediakan.

Format Bahasa Melayu Penulisan 012

   Kertas  Bahasa Melayu penulisan mengandungi tiga bahagian  iaitu Bahagian A, Bahagian B, Dan Bahagian C.  Bahagian A dan Bahagian B, murid-murid diberikan 1 soalan setiap bahagian yang perlu dijawab. Manakala soalan Bahagian C pula, murid-murid diberikan 2 soalan pilihan. Murid-murid perlu menjawab satu soalan sahaja.

      Soalan Bahagian A murid-murid dikehendaki menulis lima ayat yang lengkap berdasarkan bahan rangsangan yang diberi berupa gambar, gambarajah, graf, carta dan sebagainya. Soalan Bahagian  B pula, murid-murid perluu menulis ulasan dalam satu perenggan berdasarkan petikan atau gambarajah yang diberikan. manakala soalan Bahagian C, murid-murid perlu menulis karangan prosa berdasarkan soalan yang diberi atau petikan (sajak, pantun, syair).